ADISATRIA SEJANA BUMI adalah sebuah kisah benar yang pernah berlaku dizaman kegemilangan peradaban silam Bangsa Melayu, yang wujub dipersisiran Pantai Timur Tanah Melayu.kisah ini pertama kali ditulis untuk diketahui oleh keturunan Melayu masakini bahawa bangsa Melayu Purba adalah bangsa besar yang pernah menjana tamadun utama umat manusia purba terunggul dari bangsa-bangsa lain diera itu!.
Sebelum lahir negara SEJANA BUMI atau SUBHARNA BHUMI atau dengan lain perkataan negara yang kayaraya dengan hasil EMAS sehingga di zaman itu pinggang mangkok diperbuat dari emas!.Maka telah wujub beberapa negara besar dalam sejarah awal rumpun Melayu yang di zaman itu terkenal dengan panggilan BANGSO MU atau BANGSO MULAYU. diantaranya telah wujud negara TANJUNG PURA yang bermula dari tahun 8500 BCE.dibuka oleh PADUKA CHEWAN RADHIAH.
Sesudah lenyapnya negara besar bangsa Melayu yang bernama Tanjung Pura, maka lahir pula negera lebih perkasa yang bernama KUANGWAN atau negeri TAPAK SULAIMAN dibuka oleh Paduka Chundah pada tahun 1860 BCE, dizaman akhir pemerintahan Nabi Sulaiman.dizaman inilah perpindahan teknoloji dari Rom ke Alam Melayu bertambah pesat terjadi lanjutan dari perkahwinan putera Raja Makadonia dengan Puteri Raja Tanjung Pura diera keagongan EmpayarTanjung Pura.
Selepas Kuangwan musnah di telan tsunami di LAUT MULAYU, maka pada tahun 377 BCE yang patah tumbuh yang hilang berganti, kalau benih yang baik jatuh ke laut sekalipun akan tumbuh menjadi pulau! begitulah riwayat keperkasaan rumpun Melayu zaman silam menjana tamadun bangsanya! kali ini WIRA SARGUNA pula memimpin bala tenteranya merempuh laut Mulayu sehingga ke ulu Sungai Mekong mampu membina keperkasaanan taji rumpun anak bangsanya! Dari era inilah ADISATRIA SEJANA BUMI ditulis dengan segala ketelitian dan kejetuannya agar kita semua dapat merasai pahit manis masam masin riwayat hidup nenek moyang kita dizaman itu
Sila baca agar kita dapat merasai kehebatannya! agar kita jua turut menjadi hebat penaka mereka! kuah pastinya jatuh kenasi!, ibunya borek anaknya pasti rentek!!!
LOKASI KOTA SEJANA BUMI.
Pada zaman dahulu,yakni zaman wujudnya Empayar Sejana Bumi, orang asing selalu menyebutnya dengan panggilan "Subharna Bhumi" atau Tanah yang dipenuhi oleh emas!,dan Lautnya pula di panggil Laut Mulayu,sekarang dinamakan Laut China oleh penjajah. Zaman dahulu orang Melayu menamakan dirinya MULAYU, bersempena dengan nama pokok Mulayu yang hidup subur harum dan indah semerbak baunya. menjadi latar belakang keindahan bumi tempat tinggal anak cucunya. selepas itu pokok bertuah itu dikenali pula dengan panggilan Gaharu atau Cedana atau Karas.
Zaman kini kota Sejana Bumi telah ditenggelami air Laut Mulayu diantara Pulau Redang dengan pantai Kuala Setiu, amat sukar untuk mencari saki baki peninggalan empayar besar yang dibina 2300 tahun lebih itu lantaran telah dimusnahkan oleh gempa bumi dan ombak besar tsunami yang melanda buminya diabad itu.
Sekarang ada nama yang masih di sebut seperti Kolam Hijau dibelakang Sekolah Menengah Saujana, Tasik Berombank, di Bintang atau dipanggil kini Tasik Bintang, Bukit Peraksi,Bukit Marak,Gunung Tebu atau dulu dipangil Gunung Mahamiru.,dan banyak lagi. kerana bumi Sejana Bumi zaman itu amat luas dari Terengganu sampai Kelantan, Telok Siam dan Indo China.
Adisatria bererti Laksmana tentera bagi negeri Sejana Bumi, negara Sejana Bumi menamakan panglima tenteranya dengan panggilan Adisatria!, jadi novel ini meriwayatkan kisah Sultan Ahmad putera makhota yang begitu perkasa yang dilantik menjadi Adisatria, baginda memimpin angkatan samudera meredah Laut Mulayu mengempur musuh dimana saja dengan segala kehebatannya sehinggalah Angkatan Samudera dan Sejana Bumi sendiri musnah di landa tsunami yang maha dasyat diera itu.
Sukaduka cinta remaja antara mereka diolah dalam novel ini,cinta mereka kepada negara sukar ditukar ganti dengan jatidiri yang amat tinggi mereka menghayatinya untuk mengetahui sutnya bacalah novel yang tiada sepertinya ini!