Tuesday, October 8, 2013

BALANG SANG MUJUNG

PULOHAN TAHUN MENGKAJI MAKA DIBAWAH INI ADALAH FAKTANYA TENTANG PRIMULA RUMPUN YANG TERRASYIA AKAR HAYATNYA MEREKA TELAH MENJANA TAMADUN UMAT MANUSIA PURBA YANG PALING UNIK SEKALI SAKSIAHNYA! DALAM SEJARAH UMAT MANUSIA DARI KETURUNAN ADAM & HAWA YANG MANA NABI ALLAH ADAM DITURUNKAN DI UTARA BUMI BENUA MULAYU. DENGAN SRILANGKA 51 RIBU TAHUN DAHULU!  

      MAKA INILAH HIKAYATNYA DATOK BALANG SANG MUJUNG;

DIPANGKAL TEROWONG MASA YANG HAKIKI ada tergambar peristiwa anih pada suatu malam kira-kira 30 ribu tahun yang silam di zaman air batu akhir, ketika mana bumi Tuhan disebelah timur ini masih kontang tanpa cerita! ,  sebahagian  besarnya dipenuhi dek rimba belantara yang tidak terurus, tidak pernah di kunjungi makhluk yang bernama manusia, penghuni bumi ini dikala itu adalah unggas dan mergastua serta lain-lain .
  Gambaran dikala malam yang amat permai itu, telah didatangi buat kesekian kalinya oleh purnama indah berseri sejak Tuhan mula menjadikan maya ini ada bulan dan ada bintang menghiasinya. Akan tetapi penjelmaannya pada malam itu tanpak begitu asyik sekali mengeluarkan sinar yang lembut, memancar cahaya kekuningan seolah-olah ditakdirkan yang Maha Cipta untuk menyambut kehadiran makhluk bernama manusia dari anak cucu nabi Adam yang akan mengukir sejarah baru didadanya yang subur dan nyaman itu.
 Sempena dengan suasana malam yang begitu tenteram, maka keluar berterbangan di udara sebahagian unggas dan melata di bumi sebahagian mergastua penyeri malam, menghayati keindahan alam maya yang di jadikan Tuhan untuk mereka, kesemuanya menyambut kedatangan malam yang indah berseri-seri itu dengan penuh kesyukuran dan rendah diri mengikut cara tersendiri menghayati kebesaran Allah.
Didalam kesamaran terowong masa malam  itu, ada kelihatan sepasang makhluk yang menghuni disitu sedang berdua-duan dicelah-celah dahan pokok seperti kebiasaannya, sementara menunggu hari siang tiba, kedua-duanya menjadikan rimbunan itu sebagai tempat penginapan mereka dikala malam, mereka berdua telah menginap ditempat itu sejak belum tumbuh bulu pahat lagi dan apabila sudah pandai mencari makan sendiri ibu bapanya meninggalkan mereka berdua disitu demi menjana hidup seperti yang telah ditakdirkan.                   
Sebelum mengantuk matanya dihantar jauh  mengawasi keindahan sang rambulan yang sedang purnama penuh, duduk tinggi segalah diufuk timur, purnama itu juga menyinari tempat penginapan mereka  dipuncak dahan sepohon pokok cantik rendang yang mengeluarkan bau  wangi semerbak, dihembus bayu mengharumi  seluruh banjaran bukit-bukau dan danau yang masih tidak bernama itu.
Tergambar juga banjaran gunung-ganang yang luas terhampar memagari persisiran laut sebelah timur maya yang airnya tenang linang tanpa gelombang besar, laut itu juga masih tidak bernama lantaran ianya belum lagi dihuni oleh makhluk yang bernama manusia!  
“Kok kere kook!”, Terdengar suara  dikokokkan oleh penghuni pokok harum yang tumbuh gagah disitu bersama-sama jutaan tumbuhan lain, selepas suara itu di laungkan, si Jalak jantan itu segera mengangkat muka dan membuka kelopok mata lantas mengawasi jauh kepersekitaran pantai berpasir putih melepak yang terbentang luas terang benderang disuluhi rambulan.
“Gerangan apa pula bendanya! begitu gelojoh sekali dikau berkokok, sedangkan malam masih muda!” Teman sebelahnya yang sedang mengantuk itu, merasa tidak selesa dengan tindakan berkokok, sedangkan waktu itu bukan masanya lagi untuk berkokok
 “Dikau tak usah gusar atau khuatir atas kokokku itu, daku berbuat demikian atas rasa syukur kepada Tuhan yang menjadikan maya ini, begitu indah, begitu tenteram, serta harum pula!”  Jawab teman sebelahnya yang berkokok tadi, memberi alasan munasabah kenapa dia berbuat demikian.

Mendengar jawapan itu teman yang bertanya tidak berupaya untuk menapikan dakwaan itu kerana baginya sebagai makhluk, semestinya senantiasa bersyukur kepada Tuhan yang menjadikannya dengan segala keindahan, lantaran itu ia tidak berani berkata apa-apa lagi, malah turut merasa syukur atas nekmat alam yang dijadikan Tuhan....                               (Bersambung....)


[Terima kasih kepada cucunda yang ingin menghayati keunikan saksiah ciptaan rumpun yang di namakan Mulayu ini di jadikan Tuhan Semesta demi mewarnakan insan ciptaannya membadai maya di sebelah sini, yakni di Laut Selatan.....atok akan cariterakan hikayatnya yang di mulakan oleh moyang pertama bangso mu iaitu datok Balang Sang Mujung 30 ribu tahun yang silam yang berhijrah dari bumi Edan mengadu nasib di bumi selatan yang penuh cabaran itu telah berlaku di zaman air batu  akhir lagi!peristiwa 30 ribu tahun yang tak mungkin dapat diriwayatkan oleh para sejarahwan  mana pun tanpa izin NYA.]

.........."Koo kere kok!.......Koo kere kok!............koo kere kok!!!" Tiba-tiba terdengar pula kokok yang lebih keras dan deras di kokokkan berkali-kali oleh teman betina  yang berada di sebelahnya, menyebabkan si jantan yang mula berkukok tadi menjadi begitu terkejut dab kagit, terasa kepadanya saolah-olah temannya itu lebih khusok daripadanya dalam menghayati keindahan alam maya yang dijadikn Tuhan ini dengan berkokok berkali-kali di malam ketika makhlok lain sedang tidur, sejenak dia merenung lantas bertanya;
             "Kenapa dikau pula nan gelojoh sedemikian rupa!... bukankah malam baru saja berlabuh.....masa ini tidak patut kita berkukok panjang buat bising saja"
              "Daku bukan sengaja, akan tetapi terpaksa berkukok karena daku ternapak satu benda anoh di hujung tanjung sana......tidakkah dikau jua ternampak benda itu?.......lihat itu yang merah menyala di situ, itulah yang menyebabkan aku menjadi terkejut dan takut" Jawab temannya itu dengan suara gementar.
               Demi mendengar alasan yang diberi oleh temannya itu begitu jelas dan nyata, dengan melihat sendiri kearad yang di tunjukan oleh temannya itu, ternampak unggun api yang terbakar menyala di tempat itu, oleh yang demikian itu dia pun berkata dengan kebingunan yang amat sangat,
            "Benar jualah apa yang dikau nampak itu, hey........kemana pula kita nak lari kiranya api jahat itu melarat membkar kampong kita ini? mambakar pokok-pokok tempat kita tinggal ini?... yaa Tuhan yang eka ...turunlah air dari langit Mu......kiranya tidak turun maka kami akan hangus di sini!"
          "Ya Tuhan  perkenankan doa kami ini!" Sampok temannya itu pula dengan doanya pula, sbentar kemudian di berkata dengan was was;
            "Lumrahnya api itu akan nyala ditiup angin yang mengesel dedaun kering dengan bebatu panas tika mentari terik di siang hari! ...pelik jua adanya api menyala dikala malam yang dingin sebegini!"
            "Mungkin juga terjadinya api itu di siang hari tadi dan telah tinggal baranya melekat pada tunggul di situ " Temanya yang turut kagit memberi alasan yang munasabah untuk mententeramkan benaknya yang sedang celaru itu. 
                "Eh...Tuhan telah perkenankan doa kita!...." Jerit temannya itu tiba-tiba, kemudian dia berkata dengan tenang semula;
                 "Cuba dikau tengok baik-baik tempat api yang nyala itu. jauh di sana ada benda besar bergerak-gerak dekat api itu benda itu ada empat semuanya!"
                 "Iya benar sekali......Tuhan itu maha mendengar akan doa kita,  memang ada benda nampak bergerak di kawasan itu!, akan tetapi daku belum pasti....benda apakah itu belum pernah daku lihat sebelum malam ini, bulan tidak begitu terang untuk menjelaskan benda apa kah itu? komeng ke? mawas ke?"
                "Daku pun belum pernah tengok makhlok macam itu, besar tinggi ada dua kaki, pelik juga!...ayuh kita terbang singgah  atas dahan pokok dekat tu" Ajak temannya.
               "Boleh juga kerena api itu dok bahaya nampaknyas, jom kita tengok apa sebenarnyabenda itu?"
                "Jom mari kita pergi.....hati-hati jangan terlanggar dahan-dahan yang banyak tu nanti jatoh kita atas api tu!"
                "Sekarang bulan sudah cerah,   kita boleh nampak semuanya dengan jelas" Ujar temannya sambil mengepak sayap sayap terbang paerlahan-lahan hinggap dari satu pokok ke satu pokok yang lain menuju ke arah unggun api yang sedang menyala itu. untuk mempastikan benda apa kah itu yang datang menceroboh buminya.
                Apabila sudah sampai berdekatan dengan unggun api itu mereka berduapun hinggap atas pokok dekat situ dan memerhati  apakah benda itu.
                   "Ehh benda apa kah itu?  pandai pula dia jaga api itu! bentok tubuhnya pelik, kepala atas kaki bawah ada kepak tapi tadak bulu ! dok pernah tengok pon sini!"
                     "Bukankah Tuhan itu Maha Mencipta! berbagai-bagasi bentuk  dan rupa makhlok di jadikanNya" Jelas temannya dengan tenang.
                   "Daku tidak nafi semua itu,Tuhan itu Maha Kaya! akan tetapi nama apakah benda itu?" Yang betina nampaknya cuba meneka makhlok apakah yang sedang berada jauh di hadapan itu.
                 "Daku pun kurang arif, tak tahu nak sebut benda apakah itu? sebab daku dok pernah tengok sebelum malam ini!......nak kata beruang dia ada tangan bukan kaki empat, nak kata mawas dia berjalan atas dua kaki!...haa di kepalanya pula ada bulu panjang!!!..tinggi dan besar pulak tu...hai kecut hati perut daku melihatnya"
                  "Ayoh.....mari kita lari jauh dari sini.....bimbang kalau-kalau dia nampak kita pastinya tangannya yang panjang itu boleh menangkap kita...kiranya benda itu ganas!" yang betina itu bersuara dengan ketakutan 
                    "Tak usah takut!...tempat kita hinggap ini amat tinggi tanahnya....dan lagi makhlok itu dok kan nampak kita malam-malam begini!............jangan buat bising sudahlah"
                    "Eeh.........dengar tu benda itu bersuara......sedap bunyinya beralun-alun macam  si murai gila tu" Ujar teman yang betina di sebelah dengan rasa kagum dan anih atas apa yang di lihat dan dengar.
                     "Yaaa..... memang pelik.....bunyai dari mulutnya beralun, gerakan dari tangannya gemulai., langkah dari kakinya bertaji,  eh Maha mencipta Tuhan yang menjadikannnya, lain kejadiannnya dari kita ini" Teman yang jantan juga turut kagum pabila melihat pendatang baru yang begitu unik sekali kejadinnya.
                      "Adakah dikau erti apa yang di tutur  benda itu?" Yang betina cuba menguji temannya yang jantan.
                        "Eh daku penaka dikau jua, dok menggaji.....manakan erti itu semua!" Teman jantan itu menggiling kepala.
                    "Dok apalah daku pun dunggu peaka dikau jua.....cuba dengan dan tenggok apa isyarat yang di buat baik-baik".
                      Kedua-dua ekor makhlok itu terus berdiam diri akor dengan pandangan temannya, sambil mereka memerhati gelagat serta gerakan makhlok anih yang baru dijumpai berada di daerah kediamannya itu, yang belum pernah dilihatnya selepas dia dilahirkan di situ oleh ibunya. Makhlok itu berempat sahaja, mereka sedang berada di unggon api saolah-olah berihat dan memanas badan dari kedinginan malam.
                   Terdengar mereka berbicara dengan nada begitu indah yang amat memikat hati kedua-dua makhlok pertama penghuni bumi selatan itu;
                 "Kanda Sang Mujung..........sudah banyak purnama kita merantau  di bumi Allah ini, barulah kini kita sampai ke bumi yang kita cari di bawah angin, itu pun selepas beberapa hari kita berakit dengan bongkah air batu yang sedang hanyut itu dari di atas angin. Banyak tempat bumi telah kita landa, akan tetapi tidak seperti di bumi tempat  ini indah dan nyaman sekali di sini.........tadi kita di sambut oleh kokok si jalak , itu adalah petanda baik, manakan si jalak boleh berkokok di limun malam sebegini, kalau tidak ada apa-apa.....bukan begitu?  .....dinda rasa tempat ada tempat yang di janjikan Yang Maha Esa untuk kita  jadikan ibu pertiwi kita bukan?" Ujar rakannya di sebelah yang bernama Balang kepada bapa saudaranya Sang Mujung yang sedang memanas badan di pinggiran bara api yang sedang menyala itu.