Setelah lama menunggu maka dengan izinNya seperti apa yang telah kita janjikan kepada anda peminat budiman, telah kita persembahkan lagi sebuah novel sejarah Bangso Mu terkini berjudul; KOTA PALEMBANG BESUT keluaran yang terhad untuk anda sahaja!.
Episod-episod dalam novel ini menceritakan kembali perjuangan gigih kerajaan Srivijaya zaman Islam menegakkan agama Islam di seluruh nusantara, satu di antara misi pentingnya ialah Empayar Srivijaya menghantar Putera Chewan Che Kassim adinda kepada Maharaja Srivijaya Haji Sumatera Bhumi, ketika Srivijaya sedang berperang dengan Angkatan Laut Raja Chola dari selatan Benua Keling. Memimpin angkatan Mujahid ke BESUT demi untuk mengembang Agama Islam ke Tanah Balang dan menubuh kota pertahanan Srivijaya yang kuat di pinggir Laut Mulayu [Laut China] untuk survival.lantaran angkatan Laut Srivijaya di Selat Melaka sedang di musnahkan seteru durjana!.
Panglima Jihad Chewan Che Kassim bersama laskar jihadnya telah berjaya menubuhkan negeri yang kuat di Besut dan telah berjaya mengislamkan dengan ketajaman mata keris orang-orang Melayu dari Inderapura, Pulon, Panpan, Takula sampai ke Chaiya! akhir selali laskar Srivijaya di Besut telah berjaya menghalau keluar laskar Chola dan membersihkan Selat Melaka, Laut Andaman dari penaklokan Chola!.
Cawangan Srivijaya di Kota Palembang Besut telah bertahan dengan gagahnya selama empat abad lamanya bermula dari tahun Masihi 1024 sehingga tahun 1411 dan Palembang Besut sendiri
berkubur dalam tahun 1746 Masihi!. itulah sejarah Besut yang di hilangkan oleh penjarah Maya!
Novel Kota Palembang Besut, turut menceritakan Siapa dan Bila Batu Bersurat Terengganu itu di pahat!.
INI ADALAH SATU KARYA BESAR UNTUK DIHAYATI OLEH KETURUNAN PALEMBANG KHUSUSNYA! DAN UNTUK SESIAPA SAHAJA YANG INGIN MENGETAHUI KEGIGIHAN WONG BESO MENJANA TAMADUN BESAR BANGSA MELAYU DI NUSANTARA.
Seterusnya akan lahir pula novel-novel SEJARAH SEBENAR BANGSA MELAYU yang telah di hilangkan dek penjarah maya, hasil kajiselidik lebih dari 30 tahun oleh dr. sidina chewan, di antaranya; Riwayat Sebenar PANGLIMA HANG TUAH, RAJA DUA MAYA, MERONG MAHAMIRU, NEGERI PURBA TANJUNG PURA! DLL.
No comments:
Post a Comment