Tuesday, October 8, 2013

BALANG SANG MUJUNG

PULOHAN TAHUN MENGKAJI MAKA DIBAWAH INI ADALAH FAKTANYA TENTANG PRIMULA RUMPUN YANG TERRASYIA AKAR HAYATNYA MEREKA TELAH MENJANA TAMADUN UMAT MANUSIA PURBA YANG PALING UNIK SEKALI SAKSIAHNYA! DALAM SEJARAH UMAT MANUSIA DARI KETURUNAN ADAM & HAWA YANG MANA NABI ALLAH ADAM DITURUNKAN DI UTARA BUMI BENUA MULAYU. DENGAN SRILANGKA 51 RIBU TAHUN DAHULU!  

      MAKA INILAH HIKAYATNYA DATOK BALANG SANG MUJUNG;

DIPANGKAL TEROWONG MASA YANG HAKIKI ada tergambar peristiwa anih pada suatu malam kira-kira 30 ribu tahun yang silam di zaman air batu akhir, ketika mana bumi Tuhan disebelah timur ini masih kontang tanpa cerita! ,  sebahagian  besarnya dipenuhi dek rimba belantara yang tidak terurus, tidak pernah di kunjungi makhluk yang bernama manusia, penghuni bumi ini dikala itu adalah unggas dan mergastua serta lain-lain .
  Gambaran dikala malam yang amat permai itu, telah didatangi buat kesekian kalinya oleh purnama indah berseri sejak Tuhan mula menjadikan maya ini ada bulan dan ada bintang menghiasinya. Akan tetapi penjelmaannya pada malam itu tanpak begitu asyik sekali mengeluarkan sinar yang lembut, memancar cahaya kekuningan seolah-olah ditakdirkan yang Maha Cipta untuk menyambut kehadiran makhluk bernama manusia dari anak cucu nabi Adam yang akan mengukir sejarah baru didadanya yang subur dan nyaman itu.
 Sempena dengan suasana malam yang begitu tenteram, maka keluar berterbangan di udara sebahagian unggas dan melata di bumi sebahagian mergastua penyeri malam, menghayati keindahan alam maya yang di jadikan Tuhan untuk mereka, kesemuanya menyambut kedatangan malam yang indah berseri-seri itu dengan penuh kesyukuran dan rendah diri mengikut cara tersendiri menghayati kebesaran Allah.
Didalam kesamaran terowong masa malam  itu, ada kelihatan sepasang makhluk yang menghuni disitu sedang berdua-duan dicelah-celah dahan pokok seperti kebiasaannya, sementara menunggu hari siang tiba, kedua-duanya menjadikan rimbunan itu sebagai tempat penginapan mereka dikala malam, mereka berdua telah menginap ditempat itu sejak belum tumbuh bulu pahat lagi dan apabila sudah pandai mencari makan sendiri ibu bapanya meninggalkan mereka berdua disitu demi menjana hidup seperti yang telah ditakdirkan.                   
Sebelum mengantuk matanya dihantar jauh  mengawasi keindahan sang rambulan yang sedang purnama penuh, duduk tinggi segalah diufuk timur, purnama itu juga menyinari tempat penginapan mereka  dipuncak dahan sepohon pokok cantik rendang yang mengeluarkan bau  wangi semerbak, dihembus bayu mengharumi  seluruh banjaran bukit-bukau dan danau yang masih tidak bernama itu.
Tergambar juga banjaran gunung-ganang yang luas terhampar memagari persisiran laut sebelah timur maya yang airnya tenang linang tanpa gelombang besar, laut itu juga masih tidak bernama lantaran ianya belum lagi dihuni oleh makhluk yang bernama manusia!  
“Kok kere kook!”, Terdengar suara  dikokokkan oleh penghuni pokok harum yang tumbuh gagah disitu bersama-sama jutaan tumbuhan lain, selepas suara itu di laungkan, si Jalak jantan itu segera mengangkat muka dan membuka kelopok mata lantas mengawasi jauh kepersekitaran pantai berpasir putih melepak yang terbentang luas terang benderang disuluhi rambulan.
“Gerangan apa pula bendanya! begitu gelojoh sekali dikau berkokok, sedangkan malam masih muda!” Teman sebelahnya yang sedang mengantuk itu, merasa tidak selesa dengan tindakan berkokok, sedangkan waktu itu bukan masanya lagi untuk berkokok
 “Dikau tak usah gusar atau khuatir atas kokokku itu, daku berbuat demikian atas rasa syukur kepada Tuhan yang menjadikan maya ini, begitu indah, begitu tenteram, serta harum pula!”  Jawab teman sebelahnya yang berkokok tadi, memberi alasan munasabah kenapa dia berbuat demikian.

Mendengar jawapan itu teman yang bertanya tidak berupaya untuk menapikan dakwaan itu kerana baginya sebagai makhluk, semestinya senantiasa bersyukur kepada Tuhan yang menjadikannya dengan segala keindahan, lantaran itu ia tidak berani berkata apa-apa lagi, malah turut merasa syukur atas nekmat alam yang dijadikan Tuhan....                               (Bersambung....)


[Terima kasih kepada cucunda yang ingin menghayati keunikan saksiah ciptaan rumpun yang di namakan Mulayu ini di jadikan Tuhan Semesta demi mewarnakan insan ciptaannya membadai maya di sebelah sini, yakni di Laut Selatan.....atok akan cariterakan hikayatnya yang di mulakan oleh moyang pertama bangso mu iaitu datok Balang Sang Mujung 30 ribu tahun yang silam yang berhijrah dari bumi Edan mengadu nasib di bumi selatan yang penuh cabaran itu telah berlaku di zaman air batu  akhir lagi!peristiwa 30 ribu tahun yang tak mungkin dapat diriwayatkan oleh para sejarahwan  mana pun tanpa izin NYA.]

.........."Koo kere kok!.......Koo kere kok!............koo kere kok!!!" Tiba-tiba terdengar pula kokok yang lebih keras dan deras di kokokkan berkali-kali oleh teman betina  yang berada di sebelahnya, menyebabkan si jantan yang mula berkukok tadi menjadi begitu terkejut dab kagit, terasa kepadanya saolah-olah temannya itu lebih khusok daripadanya dalam menghayati keindahan alam maya yang dijadikn Tuhan ini dengan berkokok berkali-kali di malam ketika makhlok lain sedang tidur, sejenak dia merenung lantas bertanya;
             "Kenapa dikau pula nan gelojoh sedemikian rupa!... bukankah malam baru saja berlabuh.....masa ini tidak patut kita berkukok panjang buat bising saja"
              "Daku bukan sengaja, akan tetapi terpaksa berkukok karena daku ternapak satu benda anoh di hujung tanjung sana......tidakkah dikau jua ternampak benda itu?.......lihat itu yang merah menyala di situ, itulah yang menyebabkan aku menjadi terkejut dan takut" Jawab temannya itu dengan suara gementar.
               Demi mendengar alasan yang diberi oleh temannya itu begitu jelas dan nyata, dengan melihat sendiri kearad yang di tunjukan oleh temannya itu, ternampak unggun api yang terbakar menyala di tempat itu, oleh yang demikian itu dia pun berkata dengan kebingunan yang amat sangat,
            "Benar jualah apa yang dikau nampak itu, hey........kemana pula kita nak lari kiranya api jahat itu melarat membkar kampong kita ini? mambakar pokok-pokok tempat kita tinggal ini?... yaa Tuhan yang eka ...turunlah air dari langit Mu......kiranya tidak turun maka kami akan hangus di sini!"
          "Ya Tuhan  perkenankan doa kami ini!" Sampok temannya itu pula dengan doanya pula, sbentar kemudian di berkata dengan was was;
            "Lumrahnya api itu akan nyala ditiup angin yang mengesel dedaun kering dengan bebatu panas tika mentari terik di siang hari! ...pelik jua adanya api menyala dikala malam yang dingin sebegini!"
            "Mungkin juga terjadinya api itu di siang hari tadi dan telah tinggal baranya melekat pada tunggul di situ " Temanya yang turut kagit memberi alasan yang munasabah untuk mententeramkan benaknya yang sedang celaru itu. 
                "Eh...Tuhan telah perkenankan doa kita!...." Jerit temannya itu tiba-tiba, kemudian dia berkata dengan tenang semula;
                 "Cuba dikau tengok baik-baik tempat api yang nyala itu. jauh di sana ada benda besar bergerak-gerak dekat api itu benda itu ada empat semuanya!"
                 "Iya benar sekali......Tuhan itu maha mendengar akan doa kita,  memang ada benda nampak bergerak di kawasan itu!, akan tetapi daku belum pasti....benda apakah itu belum pernah daku lihat sebelum malam ini, bulan tidak begitu terang untuk menjelaskan benda apa kah itu? komeng ke? mawas ke?"
                "Daku pun belum pernah tengok makhlok macam itu, besar tinggi ada dua kaki, pelik juga!...ayuh kita terbang singgah  atas dahan pokok dekat tu" Ajak temannya.
               "Boleh juga kerena api itu dok bahaya nampaknyas, jom kita tengok apa sebenarnyabenda itu?"
                "Jom mari kita pergi.....hati-hati jangan terlanggar dahan-dahan yang banyak tu nanti jatoh kita atas api tu!"
                "Sekarang bulan sudah cerah,   kita boleh nampak semuanya dengan jelas" Ujar temannya sambil mengepak sayap sayap terbang paerlahan-lahan hinggap dari satu pokok ke satu pokok yang lain menuju ke arah unggun api yang sedang menyala itu. untuk mempastikan benda apa kah itu yang datang menceroboh buminya.
                Apabila sudah sampai berdekatan dengan unggun api itu mereka berduapun hinggap atas pokok dekat situ dan memerhati  apakah benda itu.
                   "Ehh benda apa kah itu?  pandai pula dia jaga api itu! bentok tubuhnya pelik, kepala atas kaki bawah ada kepak tapi tadak bulu ! dok pernah tengok pon sini!"
                     "Bukankah Tuhan itu Maha Mencipta! berbagai-bagasi bentuk  dan rupa makhlok di jadikanNya" Jelas temannya dengan tenang.
                   "Daku tidak nafi semua itu,Tuhan itu Maha Kaya! akan tetapi nama apakah benda itu?" Yang betina nampaknya cuba meneka makhlok apakah yang sedang berada jauh di hadapan itu.
                 "Daku pun kurang arif, tak tahu nak sebut benda apakah itu? sebab daku dok pernah tengok sebelum malam ini!......nak kata beruang dia ada tangan bukan kaki empat, nak kata mawas dia berjalan atas dua kaki!...haa di kepalanya pula ada bulu panjang!!!..tinggi dan besar pulak tu...hai kecut hati perut daku melihatnya"
                  "Ayoh.....mari kita lari jauh dari sini.....bimbang kalau-kalau dia nampak kita pastinya tangannya yang panjang itu boleh menangkap kita...kiranya benda itu ganas!" yang betina itu bersuara dengan ketakutan 
                    "Tak usah takut!...tempat kita hinggap ini amat tinggi tanahnya....dan lagi makhlok itu dok kan nampak kita malam-malam begini!............jangan buat bising sudahlah"
                    "Eeh.........dengar tu benda itu bersuara......sedap bunyinya beralun-alun macam  si murai gila tu" Ujar teman yang betina di sebelah dengan rasa kagum dan anih atas apa yang di lihat dan dengar.
                     "Yaaa..... memang pelik.....bunyai dari mulutnya beralun, gerakan dari tangannya gemulai., langkah dari kakinya bertaji,  eh Maha mencipta Tuhan yang menjadikannnya, lain kejadiannnya dari kita ini" Teman yang jantan juga turut kagum pabila melihat pendatang baru yang begitu unik sekali kejadinnya.
                      "Adakah dikau erti apa yang di tutur  benda itu?" Yang betina cuba menguji temannya yang jantan.
                        "Eh daku penaka dikau jua, dok menggaji.....manakan erti itu semua!" Teman jantan itu menggiling kepala.
                    "Dok apalah daku pun dunggu peaka dikau jua.....cuba dengan dan tenggok apa isyarat yang di buat baik-baik".
                      Kedua-dua ekor makhlok itu terus berdiam diri akor dengan pandangan temannya, sambil mereka memerhati gelagat serta gerakan makhlok anih yang baru dijumpai berada di daerah kediamannya itu, yang belum pernah dilihatnya selepas dia dilahirkan di situ oleh ibunya. Makhlok itu berempat sahaja, mereka sedang berada di unggon api saolah-olah berihat dan memanas badan dari kedinginan malam.
                   Terdengar mereka berbicara dengan nada begitu indah yang amat memikat hati kedua-dua makhlok pertama penghuni bumi selatan itu;
                 "Kanda Sang Mujung..........sudah banyak purnama kita merantau  di bumi Allah ini, barulah kini kita sampai ke bumi yang kita cari di bawah angin, itu pun selepas beberapa hari kita berakit dengan bongkah air batu yang sedang hanyut itu dari di atas angin. Banyak tempat bumi telah kita landa, akan tetapi tidak seperti di bumi tempat  ini indah dan nyaman sekali di sini.........tadi kita di sambut oleh kokok si jalak , itu adalah petanda baik, manakan si jalak boleh berkokok di limun malam sebegini, kalau tidak ada apa-apa.....bukan begitu?  .....dinda rasa tempat ada tempat yang di janjikan Yang Maha Esa untuk kita  jadikan ibu pertiwi kita bukan?" Ujar rakannya di sebelah yang bernama Balang kepada bapa saudaranya Sang Mujung yang sedang memanas badan di pinggiran bara api yang sedang menyala itu.
                    
                      
                           





















 
     

   

Sunday, June 9, 2013

SISTEM HOMEOPATHY MERENTASI PERUBATAN MAYA

Dalam sejarah umat manusia sejak 51 ribu tahun dahulu lagi, apabila Allah Pencipta Yang Maha Agong menurunkan Nabi Allah Adam ke maya pada ini untuk di huni oleh anak cucunya yang dipanggil insan atau manus itu, maya ini telah dihiasi dengan Sunnatulallah yang amat unik sekali, tidak tercapai oleh otak manus untuk mengkaji keseluruhannya  selain dari kembali kepada Allah yang Maha Pencipta dan Maha berkuasa penentu segala-galanya.

Dalam hayatnya selama 1040 tahun itu, nabi Allah Adam telah mengajar anak-anak cucu,cicit,cuit gamitnya dengan pelbagai ilmu untuk terus hidup sejahtera di maya ini.Maya yang telah dikhususkan oleh Allah untuk di huni oleh umat Adam sehingga hari sut.

Fizikal anak adam dan Hawa dijadikan Alah dengan sepisifik yang khusus tidak terungkai kehalusan kejadiannya, bentuk fizikal dan isi kandungannya dalam system anatomi yang di kawal oleh anugrah roh yang tidak terhingga guna menghayati fizik itu dengan segala keunikannya.agar mampu menghuni menjaga dan menghidup alam maya ini dengan segala kesajehteraannya.

“Ahli-ahli sains” adalah panggilan untuk manusia pengkaji era mutakhir ini , panggilan dahulunya pelbagai nama mengikut loghrat bangsa dan bumi masing-masing, disini kita ambil saja Ilmu Perubatan yang melibatkan artikal ini yang mana para penyelidik telah bertungkus lumus sejak zaman primulanya lagi, berusaha gigih mencari penawar atau ubat yang boleh mangurangkan penderitaan fizik manusia dari pelbagai jangkitan atau serangan penyakit yang menggangu kesejahteraan fizik manusia itu.

Primula ilmu perubatan umat manusia dikaji praktis dalm kumpulan tertentu mengikut penemuan semasa, pada perbagai dekad  kajian itu dibuat dengan inovasi tersendiri, pada zaman silam pengkaji melihat kepentingan faktor lahiriah sahaja dalam menyelesaikan pengidapan manusia dan haiwan. Mereka mencari remedi-remedi dari sumber alam semulajadi selepas kajian di buat,oleh saintis perubatan zaman silam yang dikenali dengan panggilan; bomoh,pawang,sinseh,ayuvidas,hakim,Shaman dll.

Ubat-ubat yang diberi oleh saintis perubatan zaman silam itu kebanyakannya dalam bentuk gelombang yang melalui satu atau pelbagai  proses mewujudkan tenaga danamik dalam ubat-ubatan  itu, contohnya dengan menggiling, merebus,menguris,menghentak  dan banyak lagi. sehinggalah sampai ke era Hippocrates seorang ahli perubatan bangsa Greek yang cuba  menganalisa secara lebih agressif setiap unsur penawar yang ditemui., beliau hidup dalam tahun  460-377 BCE. Ribuan tahun sebelum era Hippocrate ini telah wujud di bumi Timur terutama di negeri Tanjung Pura, bomoh-bomoh yang berwibawa telah mengkaji secara saintifik unsur-unsur tumbuhan untuk dijadikan bahan ubat dan bahan letupan konvensinol dari sumber bio yang begitu segar tumbuh melata di bumi Melayu itu.

Hasil dari penemuan demi penemuan oleh saintis-saintis perubatan purba dari Timur terutama dari bumi Melayu Tanjung Pura yang mulanya telah di pelupuri oleh cendikiawan Melayu yang terulong bernama Lat Sinar Sulaiman yang hidup di zaman Paduka Cundah memerintah negeri Melayu Tanjung Pura pada tahun 1367 BCE!

Dizaman sebelum Hippocrate wujud di Barat, orang-orang Timur terutama di bumi Melayu telah maju dalam system perubatan,  waktu itu orang-orang Barat masih berada dalam gelap gulita saintis-saintis perubatan mereka belum lahir, perawat mereka terkenal dengan panggilan Shaman atau Medicine Men bermegah dengan cara rawatan mereka dengan mengunakan ilmu hitam atau sihir , magic atau sihir berluasa di Barat waktu itu. mereka mengubat pesakit dengan ilmu hitam itu.akan tetapi di sebelah Timur bomoh-bomoh telah mengkaji tumbuhan dan lain-lain sebagai sumber ubatan  untuk pengidaapan manusia dewasa itu.

Penemuan bahan pahit, dan kelat sebagai sumber menurunkan suhu badan kepada orang yang deman yang di temui oleh orang Melayu telah dikaji balik oleh Hippocrate untuk dijadikan bahan ubat secara moden  untuk merawat  orang deman
yang telah dimulakan  sejak 2653 tahun dahulu lagi di zaman negeri Melayu Kuangwan di perintah oleh Srimara Mek Matahari ini diakui sendiri oleh J.D Gimlette dalam bukunya The Malay Medicine.

Hippocrate hidup di zaman pertengahan, zaman dimana orang Barat mula keluar dari kegelapan minda yang penuh dengan amalan sihir dan keganasan! Di era ini mereka mula buka mata tentang ilmu perubatan yang di pelupuri oleh Hippocrate itu. Dan seterusnya lanjutan dari pertembungan itu maka perkembangan perubatan modern telah menjalar tumbuh pula di India dalam kurun ke 3 BCE di zaman pemerintahan Asoka, Saintis India waktu itu di terokaui oleh kumpulan Ayuvedic dan di Mesir pula perubatan modern bermula lebih dari enam kurun yang silam mereka menamakan pakar ubatan mereka denagn panggilan Hakim dan Tibb.

Penyelidikan Cendikiwan Melayu dalam perubatan yang dipelupuri oleh Lat Sinar Sulaiman itu telah  dimusnahkan terus oleh Barat sehingga kita kehilangan banyak fakta yang boleh dirujuk, dan segala hasil penemuan saintis-sintis Melayu purba dicuri orang, yang masih tinggal hidup era penjajahan itu hidup dalam ketakutan dengan demikian mereka terus mati dengan hasil kajian mereka tanpa berani di sambung oleh generasi terkemudian kerana takut, dirantai penjajah, sebeb itulah Melayu di zaman penjajahan telah hilang segala-galanya! hatta bumi, minda dan etika, setelah di jajah lebih dari 400 tahun bumi Melayu telah melahirkan generasi yang ingkar sejarah kewibawaan ilmu dan saksiah bangsa sendiri!

Sayang penyelidikan perubatan bangsa Melayu tidak berkekaalan dizaman-zaman seterusnya, ini amat ketara sekali dengan berlakunya beberapa tsunami besar yang telah memusnahkan peradaban dan membunuh ramai pengkaji itu sendiri selain dari kemusnahan yang di lakukan oleh pejajah. Contohnya tsunami tahun 780 BCE telah memusnahkan seluruh peradaban bangsa Melayu dan bumi Kuangwan sendiri hancur lebur., begitu juga tsunami besar dalam tahun 181 BCE telah memusnahkan keseluruhan Empayar Subharna Bhumi [Sejana Bumi].

Selain dari beberapa episod tsunami yang melanda, factor peperangan juga  telah menjadi punca kemusnahan peradaban silam Bangsa Melayu, antaranya peperangan besar dengan tentera penyerang bangsa Chalangga tahun 832 BCE, dengan laskar Sumarian tahun 811 BCE, peperangan dengan tentera bangsa Nouwi yang  menyerang dalam tahun 243 BCE, peperangan dengan laskar penyerang dari Funam pada tahun  90 BCE dll.

Bangso Mu [Mulayu], Makadon [Roman], Aryan, dan Sumarian adalah diantara bangsa-bangsa purba yang tinggi tamadun purbanya. Bangsa-bangsa purba itu hilang keseluruhannya apabila politik pemerintahan  mereka dilumpuhkan oleh bangsa lain dan susurgalornya bertemu adok dengan bangsa lain membina bangsa baru yang lebih bertamadun dari sebelumnya. Seperti juga Bangsa Mu, tinggal dengan nama Melayu tetapi sejarahnya  awal tamadunnya lesap begitu saja.

Dalam bidang perubatan seterusnya apabila Hippocrate memulakan penyelidikan sumber ubat hasil dari penemuan mengkagumkan dari bumi timur termasuk dari Arab, Melayu, Cina dan India.beberapa kurun yang silam pengkajian terus dibuat oleh pakar-pakar ubat di pelbagai zaman sehinggalah kezaman selepas lahir Nabi Isa kajian perubatan terus berkembang dengan pesatnya.

Penemuan yang begitu mengalakkan diteruskan pula dizaman penularan Empayar Islam di Timur Tengah dan Eropah Timur dari awal kurun masihi  ke 11 sehingga kejatuhan Empayar Otthman di era revolusi industri wujud di Eropah dalam kurun ke 16 Masihi.

Pengkaji-pengkaji ubatan di era kemuncak kebangkitan Empayar Islam seperti Ibn Tibbon [Yahudi], Ibn Sina[Arab]dll telah membuat perubahan dan penemuan-penemuan ke arah memodernkan sistem perubatan dunia, hasil dari kajian mereka keatas formula penemuan yang di buat oleh Hippocrats di era silam.yang mana Hipocrates itu sendiri telah mendapat ilham dari penemuan pakar-pakar perubatan kono Bangsa Melayu dari negeri Tanjung Pura, kemudinnya dizaman Kuangwan. Selepas Empayar Islam di Timur Tengah lumpuh, orang-orang barat mengambil alih pemerintahan  dan meneruskan kajian perubatan [allopathy] sehingga ke hari ini.

Penyelidikan allopathy terus berkembang dengan pesatnya berdasarkan cara atau pengupulan bahan asal extrat yang di teorikan oleh Hippocrats sejak beberapa kurun sebelum Masihi lagi sehinggalah ia diubah teori praktis oleh Dr.Samuel Hahnemann 200 tahun dahulu diubah teori pembuatan ubat yang di namakan Homeopathy, beliau adalah seorang doktor pakar allopathy German yang merasa kecewa dengan teori dos besar Hippocrat yang banyak kegagalan dalam  merawat pesakit, langsong beliau mendapat idea baru mengubah cara dari extract kepada pengumpulan gelombang dari bahan asal kepada gelombang yang mewujudkan kuasa dinamik dalam dos yang kecil yang mampu membina pulih sistem yang lemah supaya aktif semula! Untuk mengawal sistem badan melawan penyakit atau kuman penyakit.

Hasil dari kajian yang mendalam ini oleh apa yang dinamakan sistem Homeopathy itu, dan dari ratusan tahun kajian klinikal yang dibuat diseluruh dunia Homeopathy maka tidak ada  penyakit yang tidak dapat disembuhkan dengan izin Allah kiranya ia dirawat dalam peringkat sebelum penyakit itu membiak, Sistem Homeopathy ini banyak menemui musuh dan pengkritik sejak mula ia di cipta sehingga ke hari ini perjalanannya penuh dengan liku-liku, akan tetapi sistem ini amat disukai oleh banyak cendikawan yang bijak bistari, sejak mulanya lagi ramai pengkaji-pengkaji perubatan dari sistem allopathy menyertainya dan menjadi penyelamat yang ulong.lantara Homoeopathy tidak memusuhi sesiapa pun  malah mampu menyelamat umat manusia dan haiwan dari serangan penyakit  apa sahaja.

Dalam ujikaji klinikal yang amat teliti terhadap para pesakit, dengan ubat-ubat yang di temui, kita begitu yakin bahawa,pilihan remidi mengikut “hukum serupa”[law of similars] dengan izin Allah akan memberi penyembuhan yang berkekalan sekiranya penyakit itu masih berada dalam peringkat boleh sembuh atau curable stage.

Selepas beratus tahun dijalani ujikaji terutama di Amerika dan England dan lain-lain Homeopathy bersua dengan banyak kawan dan banyak musuh! Pro dan kontra yang tidak terbatas itu membawa kita kepada satu kesimpulan bahawa tidak ada mana-mana system perubatan yang begitu berkesan dalam peratus yang begitu tinggi selain dari Homeopathy  mengikut doktrin Dr Pakar Samuel Hahneman.

Dalam proses merawat kita harus lebih bertanggong jawab bila menghadapi kes-kes yang merbahaya kepada kuasa hayat [vital force]pesakit, para doctor seringkali disua dengan  kes-kes yang tidak mewakili mana-mana symptom ubat.yang mana pemilihan ubat berdasarkan symptom menjadi tidak mungkin yang lain pula mungkin ubat pilihan itu mengambil masa yang panjang untuk bertindak membaiki kuasa hayat lantaran diganggu oleh maism  yang berakar umbi dalam tubuh.atau mungkin kegaggalan di sebabkan pilihan remedi itu sendiri tidak begitu genuie.

Dalam kes akiut yang serius setiap saat amat berharga kepada pesakit dan amat bernilai kepada doktor perwat! kerana proses penyembuhan yang tersekakt-sekat akan merbahaya  kepada pesakit, boleh  merundum kewibawaan doktor.  Kerana proses penyembuhan telah  diganggu oleh unsur maism yang tidak mampu diatasi oleh ubat-ubat pilihan itu dalam Homeopathy ubat mistilah diberi berdasarkan kepada keseluruhan symptom [totality of symptoms]atau spespikasi symptom penting yang wujud.

Dalam setengah kes ada  ubat-ubat yang diberi itu lambat bertindak, jadi untuk  menunggu ia bertindak adalah amat merbahaya kepada pesakit kerana ia boleh memberi kelesuan menyeluruh kepada pesakit sebelum kuasa hayatnya kembali aktif, Jadi di hospital-hospital Homeopathy para pengkaji akan memilih ubat-ubat dari dos asal [material doses] jika amat perlu demi untuk menstabilkan kuasa hayat pesakit  sementara menunggu tindak balas kuasa hayat meningkatkan kesetabilannya, dos-dos material dipinjam sementara seperti dengan haemostatic serum, atau coagulen ciba atau mana-mana ubat yang boleh bertindak terus keatas pigment darah untuk memberhenti apa saja simptom akiut yang merbahaya itu.

Atas factor-faktor sedemikian itu para penyelidik di Hospital-hospital Homeopathy sering mengunakan dasar terbuka demi nyawa pesakit yang dirawat, mereka sering mempelajari kepentingan ubat-ubat allopathy dan juga ubat-ubat dari system lain agar apa yang baik itu dapat di guna pakai jika perlu!buat perangsang! Selepas itu apabila symptom asal penyakit itu ketara maka ubat Homeopathylah menjadi remedi perawat yang utama lantaran remedi homeopathy berupaya mengembalikan sel-sel kepada kesempurnan seperti asal.

Sistem perubatan telah berkembang begitu lama sezaman dengan wujudnya manusia di mayapada ini, penemua demi penemuan ditemui manusia dipelbagai zaman dan perlbagai empat  demi  merawat umat manusia dari pelbagai jenis penyakit sehinggalah ke era Hippocrates dimana ubat-ubat itu diperoses lebih saintifik yang dinamakan allopathy kerana lebih suka menyerapkan dadah kedalam ramuan penawar yang mereka hasilkan.

Allopathy dengan cara barunya menemui berbagai jenis ubat yang yang mengandongi dadah yang merbahaya dalam jangka panjang kepada system tubuh manusia, seperti salvarsan, bismuth, sulpha drugs, insulin, vaccine, sera, penicillin, dan berbagai ubat pencegah, perawat tiruan dll. Walaupun ketara kesan sampingannya akan tetapi ia masih digunakan di setengah-setengah negeri kerana mereka tidak menemui penawar-penawar yang lebih baik dari itu! Sebab itulah kajian demi kajian terus di buat pakar-pakar pengkaji dalam semua system perubatan agar segala penemuan itu boleh menolong merawat pesakit tanpa meninggalkan sebanrang kesan yang tidak baik kepada system tubuh badan pesakit.

Perbezaan yang amat ketara antara Allopathy dan Homeopathy ialah, kerana Allopathy amat suka atau amat cenderong meninggikan kandungan dadah yang tinggi dalam ubat-ubatan mereka! Homeopathy pula membuang terus dadah atau drugs dalam ubat-ubatan mereka. Sehingga ubat-ubat homeopathy selamat di guna walaupun oleh janin dalam kandungan.

Mereka yang jahil atau amat perajudis sahaja memandang rendah atas kemampuan Homeopathy dalam usaha merawat manusia haiwan dan tumbuhan, Sudah lebih 200 tahun Homeopathy memberi perkhidmatan yang amat disukai oleh manusia dan begitu mengalakkan kerana  kesan penyembuhannyan amat ketara sekali bagus!, sesiapa yang memandang remeh atas  penemuan Homeopathy adalah orang yang ketinggalan zaman kerana Homeopathy adalah pelupor era sains super yang tanpa sempadan!!!

Mereka harus sedar bahawa setip hari sejak ianya mula dikaji selidik di German 200 tahun dahulu oleh doktor pakar Allopathy Samuel Hahnemann,Homeopathy menemui banyak saudara-saudara baru dari system lain menyertainya, proving-proving Homeopathy dari masa kemasa terus positif mampu membawa pesakit kembali pulih seperti sediaklala sehingga hari ini khazanah ubat-ubat Homeopathy memiliki lebih dari 70 ribu unit ubat yang masih terus dipraktiskan dimana-mana sahaja didunia ini.

HARUS DI INGAT BAHAWA SETIAP PENEMUAN ITU ADALAH BATU ASAS KEPADA PENEMUAN SETERUSNYA YANG LEBIH CANGGIH!-
DR. SIDINA CHEWAN   2152013

Monday, April 22, 2013

PRIMULA RIWAYAT KETUANAN BANGSOMU [BANGSA MELAYU]

16.000 BCE. atau 16 ribu tahun sebelum lahir Nabi Isa, Paduka Che Wan Ezzah saorang Ratu
                      Srikandi Bangso Mu telah memimpin 33333 orang bala tentera yang amat setia,
                      pertama kali dalam sejarah umat manusia terawal mampu memimpin kumpulan
                      manusia dalam jumlah besar! dan berupaya pula memerintah sebuah negeri yan
                       g luas  iaitu   negeri Benua Mulayu, bumi yang tumbuh segar  menjalar di Laut 
                      Selatan Lokasi ibu kotanya yang  adalah  diantara Bukit Keluang dengan
                      Pulau Perhentian.di daerah Besut Terenggenu.
                   
16.000 BCE  Jenagor Pitwan Kencana memerintah Dataran Tinggi Mahamiru, baginda merupakan
                     orang Melayu Pertama mencipta Batik, Baginda Memahat lakaran awanlarat batik
                     pada batu hampar sama ada terselam didalam Tasik Kenyir atau dipersekitrannya.
                      

14.000 BCE, Dizaman  pemerintahan Che Wan Latifat, kota perkasa Benua Mu telah tenggelam ke
                     dasar Laut Mulayu Selatan [Sekarang Laut China]bersama dengan pecah dan hancur
                      keseluruhan bumi Benua Mulayu dek gegak gempita gempa bumi dan tsunami yang
                      melanda! selepas pecahnya tektonik yang telah ditakdirkan. dengan peristiwa itu maka
                      hilanglah Benua Mu dan timbullah puloh ribuan pulau besar dan kecil di Laut Selatan
                      seperti apa yang kita saksi hari ini.

8.500   BCE, Ribuan tahun selepas hilangnya Benua Mu [the lost continent of Mu] maka  pada 
                     tahun 8500 BCE ada wujud di Tanah Balang Sang Mujung [Tanah Melayu] sebuah
                     negeri bernama TANJUNG PURA kotanya terletak di Bukit Puteri Besut sekarang' 
                     telah dibuka oleh Paduka Che Wan Radhiah 

7000 BCE    Tanjung Pura di perintah oleh Yang di Pertuan Megat Dalam bersama dengan
                     Permaisuri Ku Ngah. Putera  ke 20 Kaisar Petranala Raja Makadonia yang bernama
                     Rimba Jati telah datang ke Tanjung Pura mencari susurgalornya dari anak cucu 
                     Katurah yang secara langsong menjadi pemakin Ketuanan Mulayu di Tanah Balang
                     sejak zaman berzaman lagi  (anak Katurah dari keturunan Midian telah menjadi
                      pemakin pemerintah Makadonia  sementara anak dari keturunan Joksahan adalah
                     pemakin ketuanan Melayu)  . 

6557 BCE  Rimba Jati putera Raja Makadonia yang perkasa itu telah di tabal menjadi Yang di
                   Pertuan Tanjung Pura. Rimba Jati telah menjadi menantu Megat Dalam selepas ber
                   kahwin dengan Puteri Makhota Purnima. puteri tunggal kerajaan Tanjung Pura. 
                   baginda Bergelar AGONG MAHAMIRU. sempena nama banjaranan gunung 
                    MAHAMIRU yang menjadi latar belakang negeri Tanjung Pura. dari era  inilah 
                   Tahun Jati di kira dalam peradaban awal persuratan bangsa Mulayu. ini bererti ;
                   6557 BCE = 1 TJ

6547 BCE  Agong Mahamiru mangkat, ketika berusia 473 tahun selepas 10 tahun memerintah
                   Tanjung Pura, yakni pada Tahun Jati ke 10. Baginda meninggalkan dua orang putera
                    perkasa yang sulong bernama Sang Merong, bergelar Merong Mahamiru mengganti
                     ayahandanya memerintah negeri Tanjung Pura. yang bongsu bernama Sang Saka 
                     berhijrah dengan laskarnya ke Tanah Ujung membuka negeri baru bernama
                     Langkasuka [singaria perkasa] dan baginda sendiri bergelar Merong Mahawangsa
                     pengganti baginda memerintah Langkasuka ialah putera Mahapudis.

   

Tuesday, April 9, 2013

NOVEL SEJARAH BANGSO MU;"Adisatria Sejana Bumi"

Sejarah peradaban besar Bangsa Melayu purba yang telah dikenali dengan panggilan BANGSOMU telah dikaji dengan begitu teliti,yang mana migrasi awal nenek moyang adalah dari bumi Edan,ianya telah bermula dari ZAMAN AIR BATU akhir, dan pulohan ribu tahun selepas itu mereka berjaya membina tamadun agong di bumi yang dinamakan Benua Mulayu awalnya dan selepas itu dipanggil Tanah Balang Sang Mujung oleh keturunan terkemudian selepas Benua Mulayu pecah tenggelam dek pecahnya tektonik.

Banyak nama negeri-negeri besar dibina oleh rumpun Bangsomu di Tanah Balang Sang Mujung dizaman-zaman yang berbeza, Diantaranya; negeri "Benua Mu" yang tenggelam itu, ribuan tahun selepas itu timbul Negeri agong "Tanjung Pura"  kemudiannya Negeri "Kuangwan" dan pada tahun 377 BC lahir negeri baru bernama Sejana Bumi, orang luar memangilnya Subharna Bhumi, atau Sejana Padang oleh orang tempatan, kemudiannya lahir pula negeri  "Suka Bumi" selepas Suka Bumi di kalahkan oleh Laskar Funan,maka Putera Mahkotanya yang bernama Raja Suram terkenal dengan panggilan Raja Laut berpindah dengan tenteranya ke pulau Andalas membuka negeri di Bukit Singuntang.[seperti tercatat dalam buku Sejarah Melayu  yang tidak lengkap itu.]

Putera Raja Suram iaitu, Putera Alim dan Putera Mufti menjana generasinya di Bukit Singgutang dan selepas tiga generasi mereka berperang laskar keturun Alim berkubu di lembah yang di Pagar dengan Ruyung, sehingga laskar keturunan Mufti tidak dapat menewanya beberapa lama selepas itu keturunan Mufti dikeluarkan dari Tanah Andalas,terpaksa keluar ketanah Jawa menawan Tanah Jawa dan menjadi raja dibumi Jawa bergelar Perabhu Berwijaya.

Selepas tujuh generasi  kemudiannya maka keturunan Raja Suram dari Tanah Jawa dan Andalas bertakut semula pada abad ke lima Masihi dalam perkahwinan diraja. selepas itu mereka berjaya membina Empayar Mulayu teragong" Srivijaya" memerintah seluruh nusantara sehingga beberapa abad lamanya sehinggalah ia dilumpuhkan pada kurun ke 10 Masihi oleh laskar penjarah Rajendera Chola dari benua atas angin (India}. Ketika kemuncak keperkasaan Armada Lautnya pada kurun ke tujuh Masihi, Armada Laut Srivijaya yang berpusat di Muara Tukun [Kuala Setiu] yang di pimpin oleh rajanya yang bernama Maharaja Sarpini   mengepalai 5o ribu bala tentera Melayu
telah menyerang Tanah Besar China sehingga ke Tembok Besar membunuh rajanya dan akibat serangan itu ia telah   melumpuhkan empayar China selama 100 tahun lamanya..

Edisi pertama sejarah benar keperkasaan mental dan fizikal moyang-moyang Melayu zaman dahulu telah di hasilkan dalam bentuk NOVEL. adalah mengenai keutuhan perwira-perwira Nusa Sejana Bumi mempertahankan negaranya dari pencerobohan dan serangan laskar musuh serta kemampuan mereka menjana tamadun besar era itu. EDISI-EDISI LAIN yang meliputi pegerakan menyeluruh BANGSOMU dari A sampai Z akan diikuti segera INSYAALLAH.

Harga novel ini RM 65.00 Senaskah. akan tetapi potongan 10% akan di beri kepada peminat yang membeli sebelum  bulan Ogos 2013, selamat membaca dan belayar ke zaman lampau!

Untuk PEMBELIAN SILA HUBUNGI  No; 011-27356857 = 014-2956275= 
 019-9522975.

Friday, April 5, 2013

SINOPSIS;

EPISOD SATU. TAHUN JATI 6315 [TJ]= TAHUN SEBELUM MASIHI 242 [BCE]

Menceritakan Putera Lang Kabot dan sepupu-sepupunya  Puteri Srikandi, Puteri Mayang Mengurai,Puteri Ratna Sari dan Putera Rajawali sedang menyertai kem latihan kententeraan Nusa Sejana Bumi bersama-sama dengan anak watan Sejana Bumi yang lain, kem itu  berpusat di Gunung Mahamiru [Gunung Tebu]yang waktu itu di panggil Gelanggang Silat. Sudah menjadi keperluan kepada putera puteri Melayu di era itu menghadiri kem-kem persilatan yang bertaburan diseluruh daerah,demi mengabadi jiwa dan raga untuk nusa dan bangsa  dari sebarang angkara murka.

EPISOD DUA. 6317 TJ = 240 BCE.

Apabila selesai menuntut ilmu dunia akhirat dan ilmu peperangan di Gunung Mahamiru Lang Kabot dan saudara-saudaranya pun pulang ke Kota Katong yang menjadi kota diraja tempat bertakhta pemerintah Sejana Bumi.setibanya di Balairong Seri barulah Lang Kabot diberitahu  bahawa Sejana Bumi sedang berperang! dewasa itu Adistaria Lang Kuit sedang berada di Champa Negara memimpin bala tentera Nusa membantu Champa menentang musuhnya, Bala tentera nusa kecundang dinegeri orang, maka bala tentera bantuan yang lebih besar perlu dihantar segera!, Maka Lang Kabot kekasihnya Srikandi dan saudaranya Rajawali dihantar bersama Bahtera Lang Laut yang dihuni oleh Pendekar-pendekar Pancasona Nelangsakti mengepalai ribuan bahtera angkatan  Samudera mengempur musuh di Laut Mulayu Utara [Indochina].

EPISOD TIGA

Dalam epissod ini Lang Kabot ,Srikandi dan Rajawali, mempraktiskan ilmu perang yang dipelajarinya semasa berada di kem Gunung Mahamiru. mereka bertiga berjaya menyelamatkan Adisatria    
Lang Kuit dari tahanan musuh,selepas perang tamat ,mereka bertiga pergi menuntut ilmu perang yang lebih tinggi dengan nenendanya Merong Mahasakti yang bertapa di Gunung Angkor.  Di perguruan ini mereka bersua dengan teman-teman serumpun yang datang dari pelbagai tempat seperti Lapu-Lapu, Samarinda,Andalas, Andaman dan lain-lain.
Selepas langsai tuntutan mereka di Gunung Angkur, maka Raja Champa pun menghantar mereka pulang dengan diiringi oleh armada Champa pimpinan Adisatria Angkor Watika panglima perang Champa.

EPISOD EMPAT

Kisah yang menyanyat hati di Mahligai Kaca [lokasinya sekarang di belakang Sekolah Menengah Padang Saujana] tempat bertakhtanya Puteri Mayang Mengurai, Permaisuri kepada Adisatria Lang Kuit.yang baru saja mangkat. kemangkatan yang membawa kepada perlantikan Lang Kabot menjadi Adisatria begitu mencabar sekali!, di tenteng oleh Datok Pancur Merah!. Akan tetapi mereka kembali bersatu apabila nusa diancam perang dengan Nouwi, demi nusa dan bangsa mereka kembali bersatu menentang pencerobohan tentera Nouwi 


EPISOD LIMA

Pulau Mati Angin [Perhentian] di serang oleh tentera penceroboh Nowi, peperangan besar diera Lang Kabot menjadi Panglima Tentera,di sini dapat kita saksi kematapan dan kebijaksanaan Lang Kabot menghadapi pencerobohan musuh, selain dari pulau Mati Angin  Kota Malawi [Bachok] juga telah diserang dengan hebatnya oleh laskar musuh yang mendarat dari laut, di medan perang Malawi,ribuan pejuang-pejuang nusa gugur bagai melati bertaburan di persadai ibunda!

EPISOD ENAM.

Dalam episod ini,apabila pantai Melawi berjaya dibersihkan dari tentera musuh, Lang Kabot amat murka sekali angkara seteru yang telah merosakkan negaranya, dia tidak pulang menyembah ayahandanya, malah terus melayari ribuan bahtera dari Angkatan Samudera menuju ke negeri musuh [Telok Siam]di samping memerintah Panglima Rajawali mara dengan ribuan angkatan berkudanya mengempur negeri musuh dari darat. dan dari utara pula Angkor Watika menghantar armada bantuan, dalam sebulan sahaja kekuatan musuh dimusnahkan.Selepas itu Adisatria pun pulang ke Kota Katong.
Apabila keamanan wujud maka Adisatria Lang Kabot pula merancang untuk berkahwin dengan buah hatinya Srikandi. akan tetapi semuanya tidak menjadi, Paduka Ayanhandanya telah mangkat, fikirannya menjadi kacau, dia mengasingkan diri ke Pulau Tengkorok, sehingga Laut Mulayu bergelora dengan gempa bumi yang melanda memusnahkan seluruh Angkatan Samudera dan Nusa Sejana Bumi,
Apa yang terjadi kepada Lang Kabot,Srikandi dan lain-lain selepas itu?
  

 

Wednesday, March 27, 2013


                                   " LANG LAUT" BAHTERA  PANGHADANG SETERU
                                                MILIK ANGKATAN SAMUDERA
                                                      " NUSA  SEJANA BUMI"

Tuesday, March 5, 2013

ADISATRIA SEJANA BUMI adalah sebuah kisah benar yang pernah berlaku dizaman  kegemilangan peradaban silam Bangsa Melayu, yang wujub dipersisiran Pantai Timur Tanah Melayu.kisah ini pertama kali ditulis untuk diketahui oleh keturunan Melayu masakini bahawa bangsa Melayu Purba adalah bangsa besar yang pernah menjana tamadun utama umat manusia purba terunggul dari bangsa-bangsa lain diera itu!.

Sebelum lahir negara SEJANA BUMI atau SUBHARNA BHUMI atau dengan lain perkataan negara yang kayaraya dengan hasil EMAS sehingga di zaman itu pinggang mangkok diperbuat dari emas!.Maka telah wujub beberapa negara besar dalam sejarah awal rumpun Melayu yang di zaman itu terkenal dengan panggilan BANGSO MU atau BANGSO MULAYU. diantaranya telah wujud negara TANJUNG PURA yang bermula dari tahun 8500 BCE.dibuka oleh PADUKA CHEWAN RADHIAH.

Sesudah lenyapnya negara besar bangsa Melayu yang bernama Tanjung Pura, maka lahir pula negera lebih perkasa yang bernama KUANGWAN atau negeri TAPAK SULAIMAN dibuka oleh Paduka Chundah pada tahun 1860 BCE, dizaman akhir pemerintahan Nabi Sulaiman.dizaman inilah  perpindahan teknoloji dari Rom ke Alam Melayu bertambah pesat terjadi lanjutan dari perkahwinan putera Raja Makadonia dengan Puteri Raja Tanjung Pura diera keagongan EmpayarTanjung Pura.

Selepas Kuangwan musnah di telan tsunami di LAUT MULAYU, maka pada tahun 377 BCE  yang patah tumbuh yang hilang berganti, kalau benih yang baik jatuh ke laut sekalipun akan tumbuh menjadi pulau! begitulah riwayat keperkasaan rumpun Melayu zaman silam menjana tamadun bangsanya! kali ini WIRA SARGUNA pula memimpin bala tenteranya merempuh laut Mulayu sehingga ke ulu Sungai Mekong mampu membina keperkasaanan taji rumpun anak bangsanya! Dari era inilah ADISATRIA SEJANA BUMI ditulis dengan segala ketelitian dan kejetuannya  agar kita semua dapat merasai pahit manis masam masin riwayat hidup nenek moyang kita dizaman itu

Sila  baca agar kita dapat merasai kehebatannya! agar kita jua turut menjadi hebat penaka mereka! kuah pastinya jatuh kenasi!, ibunya borek anaknya pasti rentek!!!


LOKASI KOTA SEJANA BUMI.

Pada zaman dahulu,yakni zaman wujudnya Empayar Sejana Bumi, orang asing selalu menyebutnya dengan panggilan  "Subharna Bhumi" atau Tanah yang dipenuhi oleh emas!,dan Lautnya pula di panggil Laut Mulayu,sekarang dinamakan Laut China oleh penjajah. Zaman dahulu orang Melayu menamakan dirinya MULAYU, bersempena dengan nama pokok Mulayu yang hidup subur harum dan indah semerbak baunya. menjadi latar belakang keindahan bumi tempat tinggal anak cucunya. selepas itu pokok bertuah itu dikenali pula dengan panggilan Gaharu atau Cedana atau Karas.

Zaman kini kota Sejana Bumi telah ditenggelami air Laut Mulayu diantara Pulau Redang dengan pantai Kuala Setiu, amat sukar untuk mencari saki baki peninggalan empayar besar yang dibina 2300 tahun lebih itu lantaran telah dimusnahkan oleh gempa bumi dan ombak besar tsunami yang melanda buminya diabad itu.

Sekarang ada nama yang masih di sebut seperti Kolam Hijau dibelakang Sekolah Menengah Saujana, Tasik Berombank, di Bintang atau dipanggil kini Tasik Bintang, Bukit Peraksi,Bukit Marak,Gunung Tebu atau dulu dipangil Gunung Mahamiru.,dan banyak lagi.  kerana bumi Sejana Bumi zaman itu amat luas dari Terengganu sampai Kelantan, Telok Siam dan Indo China.

Adisatria bererti Laksmana tentera bagi negeri Sejana Bumi, negara Sejana Bumi menamakan panglima tenteranya dengan panggilan Adisatria!, jadi novel ini meriwayatkan kisah Sultan Ahmad putera makhota yang begitu perkasa  yang dilantik menjadi Adisatria, baginda memimpin angkatan samudera meredah Laut Mulayu mengempur musuh dimana saja dengan segala kehebatannya sehinggalah Angkatan Samudera dan Sejana Bumi sendiri musnah di landa tsunami yang maha dasyat diera itu.

Sukaduka cinta remaja antara mereka diolah dalam novel ini,cinta mereka kepada negara sukar ditukar ganti dengan jatidiri yang amat tinggi mereka menghayatinya untuk mengetahui sutnya bacalah novel yang tiada sepertinya ini!

Tuesday, January 29, 2013

Meriwayatkan semula peradaban tinggi Bangsa Melayu era sebelum Masihi dipersekitaran Laut Mulayu {Laut China} berpusat di Kota katong {Kuala Setiu} yang mana kewujudannya telah dilupuskan dari peta sejarah oleh penjajah sejak berzaman!


Adisatria Sejana Bumi sebuah Novel yang meriwayatkan suka duka yang tragis seorang Putera Mahkota yang bergelar  Lang Kabot dalam usaha menyelamatkan Empayar Melayu Sejana Bumi yang di buka oleh nenendanya Paduka Wira Sarguna cicit kepada Iskandar Zalkarnain.

Sesiapa yang Berminat Sila Hubungi :

014-2956275 / 019-9522975