Friday, April 5, 2013

SINOPSIS;

EPISOD SATU. TAHUN JATI 6315 [TJ]= TAHUN SEBELUM MASIHI 242 [BCE]

Menceritakan Putera Lang Kabot dan sepupu-sepupunya  Puteri Srikandi, Puteri Mayang Mengurai,Puteri Ratna Sari dan Putera Rajawali sedang menyertai kem latihan kententeraan Nusa Sejana Bumi bersama-sama dengan anak watan Sejana Bumi yang lain, kem itu  berpusat di Gunung Mahamiru [Gunung Tebu]yang waktu itu di panggil Gelanggang Silat. Sudah menjadi keperluan kepada putera puteri Melayu di era itu menghadiri kem-kem persilatan yang bertaburan diseluruh daerah,demi mengabadi jiwa dan raga untuk nusa dan bangsa  dari sebarang angkara murka.

EPISOD DUA. 6317 TJ = 240 BCE.

Apabila selesai menuntut ilmu dunia akhirat dan ilmu peperangan di Gunung Mahamiru Lang Kabot dan saudara-saudaranya pun pulang ke Kota Katong yang menjadi kota diraja tempat bertakhta pemerintah Sejana Bumi.setibanya di Balairong Seri barulah Lang Kabot diberitahu  bahawa Sejana Bumi sedang berperang! dewasa itu Adistaria Lang Kuit sedang berada di Champa Negara memimpin bala tentera Nusa membantu Champa menentang musuhnya, Bala tentera nusa kecundang dinegeri orang, maka bala tentera bantuan yang lebih besar perlu dihantar segera!, Maka Lang Kabot kekasihnya Srikandi dan saudaranya Rajawali dihantar bersama Bahtera Lang Laut yang dihuni oleh Pendekar-pendekar Pancasona Nelangsakti mengepalai ribuan bahtera angkatan  Samudera mengempur musuh di Laut Mulayu Utara [Indochina].

EPISOD TIGA

Dalam epissod ini Lang Kabot ,Srikandi dan Rajawali, mempraktiskan ilmu perang yang dipelajarinya semasa berada di kem Gunung Mahamiru. mereka bertiga berjaya menyelamatkan Adisatria    
Lang Kuit dari tahanan musuh,selepas perang tamat ,mereka bertiga pergi menuntut ilmu perang yang lebih tinggi dengan nenendanya Merong Mahasakti yang bertapa di Gunung Angkor.  Di perguruan ini mereka bersua dengan teman-teman serumpun yang datang dari pelbagai tempat seperti Lapu-Lapu, Samarinda,Andalas, Andaman dan lain-lain.
Selepas langsai tuntutan mereka di Gunung Angkur, maka Raja Champa pun menghantar mereka pulang dengan diiringi oleh armada Champa pimpinan Adisatria Angkor Watika panglima perang Champa.

EPISOD EMPAT

Kisah yang menyanyat hati di Mahligai Kaca [lokasinya sekarang di belakang Sekolah Menengah Padang Saujana] tempat bertakhtanya Puteri Mayang Mengurai, Permaisuri kepada Adisatria Lang Kuit.yang baru saja mangkat. kemangkatan yang membawa kepada perlantikan Lang Kabot menjadi Adisatria begitu mencabar sekali!, di tenteng oleh Datok Pancur Merah!. Akan tetapi mereka kembali bersatu apabila nusa diancam perang dengan Nouwi, demi nusa dan bangsa mereka kembali bersatu menentang pencerobohan tentera Nouwi 


EPISOD LIMA

Pulau Mati Angin [Perhentian] di serang oleh tentera penceroboh Nowi, peperangan besar diera Lang Kabot menjadi Panglima Tentera,di sini dapat kita saksi kematapan dan kebijaksanaan Lang Kabot menghadapi pencerobohan musuh, selain dari pulau Mati Angin  Kota Malawi [Bachok] juga telah diserang dengan hebatnya oleh laskar musuh yang mendarat dari laut, di medan perang Malawi,ribuan pejuang-pejuang nusa gugur bagai melati bertaburan di persadai ibunda!

EPISOD ENAM.

Dalam episod ini,apabila pantai Melawi berjaya dibersihkan dari tentera musuh, Lang Kabot amat murka sekali angkara seteru yang telah merosakkan negaranya, dia tidak pulang menyembah ayahandanya, malah terus melayari ribuan bahtera dari Angkatan Samudera menuju ke negeri musuh [Telok Siam]di samping memerintah Panglima Rajawali mara dengan ribuan angkatan berkudanya mengempur negeri musuh dari darat. dan dari utara pula Angkor Watika menghantar armada bantuan, dalam sebulan sahaja kekuatan musuh dimusnahkan.Selepas itu Adisatria pun pulang ke Kota Katong.
Apabila keamanan wujud maka Adisatria Lang Kabot pula merancang untuk berkahwin dengan buah hatinya Srikandi. akan tetapi semuanya tidak menjadi, Paduka Ayanhandanya telah mangkat, fikirannya menjadi kacau, dia mengasingkan diri ke Pulau Tengkorok, sehingga Laut Mulayu bergelora dengan gempa bumi yang melanda memusnahkan seluruh Angkatan Samudera dan Nusa Sejana Bumi,
Apa yang terjadi kepada Lang Kabot,Srikandi dan lain-lain selepas itu?
  

 

No comments:

Post a Comment