16.000 BCE. atau 16 ribu tahun sebelum lahir Nabi Isa, Paduka Che Wan Ezzah saorang Ratu
Srikandi Bangso Mu telah memimpin 33333 orang bala tentera yang amat setia,
pertama kali dalam sejarah umat manusia terawal mampu memimpin kumpulan
manusia dalam jumlah besar! dan berupaya pula memerintah sebuah negeri yan
g luas iaitu negeri Benua Mulayu, bumi yang tumbuh segar menjalar di Laut
Selatan Lokasi ibu kotanya yang adalah diantara Bukit Keluang dengan
Pulau Perhentian.di daerah Besut Terenggenu.
16.000 BCE Jenagor Pitwan Kencana memerintah Dataran Tinggi Mahamiru, baginda merupakan
orang Melayu Pertama mencipta Batik, Baginda Memahat lakaran awanlarat batik
pada batu hampar sama ada terselam didalam Tasik Kenyir atau dipersekitrannya.
14.000 BCE, Dizaman pemerintahan Che Wan Latifat, kota perkasa Benua Mu telah tenggelam ke
dasar Laut Mulayu Selatan [Sekarang Laut China]bersama dengan pecah dan hancur
keseluruhan bumi Benua Mulayu dek gegak gempita gempa bumi dan tsunami yang
melanda! selepas pecahnya tektonik yang telah ditakdirkan. dengan peristiwa itu maka
hilanglah Benua Mu dan timbullah puloh ribuan pulau besar dan kecil di Laut Selatan
seperti apa yang kita saksi hari ini.
8.500 BCE, Ribuan tahun selepas hilangnya Benua Mu [the lost continent of Mu] maka pada
tahun 8500 BCE ada wujud di Tanah Balang Sang Mujung [Tanah Melayu] sebuah
negeri bernama TANJUNG PURA kotanya terletak di Bukit Puteri Besut sekarang'
telah dibuka oleh Paduka Che Wan Radhiah
7000 BCE Tanjung Pura di perintah oleh Yang di Pertuan Megat Dalam bersama dengan
Permaisuri Ku Ngah. Putera ke 20 Kaisar Petranala Raja Makadonia yang bernama
Rimba Jati telah datang ke Tanjung Pura mencari susurgalornya dari anak cucu
Katurah yang secara langsong menjadi pemakin Ketuanan Mulayu di Tanah Balang
sejak zaman berzaman lagi (anak Katurah dari keturunan Midian telah menjadi
pemakin pemerintah Makadonia sementara anak dari keturunan Joksahan adalah
pemakin ketuanan Melayu) .
6557 BCE Rimba Jati putera Raja Makadonia yang perkasa itu telah di tabal menjadi Yang di
Pertuan Tanjung Pura. Rimba Jati telah menjadi menantu Megat Dalam selepas ber
kahwin dengan Puteri Makhota Purnima. puteri tunggal kerajaan Tanjung Pura.
baginda Bergelar AGONG MAHAMIRU. sempena nama banjaranan gunung
MAHAMIRU yang menjadi latar belakang negeri Tanjung Pura. dari era inilah
Tahun Jati di kira dalam peradaban awal persuratan bangsa Mulayu. ini bererti ;
6557 BCE = 1 TJ
6547 BCE Agong Mahamiru mangkat, ketika berusia 473 tahun selepas 10 tahun memerintah
Tanjung Pura, yakni pada Tahun Jati ke 10. Baginda meninggalkan dua orang putera
perkasa yang sulong bernama Sang Merong, bergelar Merong Mahamiru mengganti
ayahandanya memerintah negeri Tanjung Pura. yang bongsu bernama Sang Saka
berhijrah dengan laskarnya ke Tanah Ujung membuka negeri baru bernama
Langkasuka [singaria perkasa] dan baginda sendiri bergelar Merong Mahawangsa
pengganti baginda memerintah Langkasuka ialah putera Mahapudis.
No comments:
Post a Comment