Tuesday, April 9, 2013

NOVEL SEJARAH BANGSO MU;"Adisatria Sejana Bumi"

Sejarah peradaban besar Bangsa Melayu purba yang telah dikenali dengan panggilan BANGSOMU telah dikaji dengan begitu teliti,yang mana migrasi awal nenek moyang adalah dari bumi Edan,ianya telah bermula dari ZAMAN AIR BATU akhir, dan pulohan ribu tahun selepas itu mereka berjaya membina tamadun agong di bumi yang dinamakan Benua Mulayu awalnya dan selepas itu dipanggil Tanah Balang Sang Mujung oleh keturunan terkemudian selepas Benua Mulayu pecah tenggelam dek pecahnya tektonik.

Banyak nama negeri-negeri besar dibina oleh rumpun Bangsomu di Tanah Balang Sang Mujung dizaman-zaman yang berbeza, Diantaranya; negeri "Benua Mu" yang tenggelam itu, ribuan tahun selepas itu timbul Negeri agong "Tanjung Pura"  kemudiannya Negeri "Kuangwan" dan pada tahun 377 BC lahir negeri baru bernama Sejana Bumi, orang luar memangilnya Subharna Bhumi, atau Sejana Padang oleh orang tempatan, kemudiannya lahir pula negeri  "Suka Bumi" selepas Suka Bumi di kalahkan oleh Laskar Funan,maka Putera Mahkotanya yang bernama Raja Suram terkenal dengan panggilan Raja Laut berpindah dengan tenteranya ke pulau Andalas membuka negeri di Bukit Singuntang.[seperti tercatat dalam buku Sejarah Melayu  yang tidak lengkap itu.]

Putera Raja Suram iaitu, Putera Alim dan Putera Mufti menjana generasinya di Bukit Singgutang dan selepas tiga generasi mereka berperang laskar keturun Alim berkubu di lembah yang di Pagar dengan Ruyung, sehingga laskar keturunan Mufti tidak dapat menewanya beberapa lama selepas itu keturunan Mufti dikeluarkan dari Tanah Andalas,terpaksa keluar ketanah Jawa menawan Tanah Jawa dan menjadi raja dibumi Jawa bergelar Perabhu Berwijaya.

Selepas tujuh generasi  kemudiannya maka keturunan Raja Suram dari Tanah Jawa dan Andalas bertakut semula pada abad ke lima Masihi dalam perkahwinan diraja. selepas itu mereka berjaya membina Empayar Mulayu teragong" Srivijaya" memerintah seluruh nusantara sehingga beberapa abad lamanya sehinggalah ia dilumpuhkan pada kurun ke 10 Masihi oleh laskar penjarah Rajendera Chola dari benua atas angin (India}. Ketika kemuncak keperkasaan Armada Lautnya pada kurun ke tujuh Masihi, Armada Laut Srivijaya yang berpusat di Muara Tukun [Kuala Setiu] yang di pimpin oleh rajanya yang bernama Maharaja Sarpini   mengepalai 5o ribu bala tentera Melayu
telah menyerang Tanah Besar China sehingga ke Tembok Besar membunuh rajanya dan akibat serangan itu ia telah   melumpuhkan empayar China selama 100 tahun lamanya..

Edisi pertama sejarah benar keperkasaan mental dan fizikal moyang-moyang Melayu zaman dahulu telah di hasilkan dalam bentuk NOVEL. adalah mengenai keutuhan perwira-perwira Nusa Sejana Bumi mempertahankan negaranya dari pencerobohan dan serangan laskar musuh serta kemampuan mereka menjana tamadun besar era itu. EDISI-EDISI LAIN yang meliputi pegerakan menyeluruh BANGSOMU dari A sampai Z akan diikuti segera INSYAALLAH.

Harga novel ini RM 65.00 Senaskah. akan tetapi potongan 10% akan di beri kepada peminat yang membeli sebelum  bulan Ogos 2013, selamat membaca dan belayar ke zaman lampau!

Untuk PEMBELIAN SILA HUBUNGI  No; 011-27356857 = 014-2956275= 
 019-9522975.

3 comments:

  1. Salam,
    Tahniah diucapkan kerana menghasilkan karya yang luar biasa. Membaca bahagian pendahuluan sahaja sudah cukup mengujakan. Diharap Dr dapat mendedahkan lebih banyak lagi tentang kegemilangan peradaban bangsa Melayu yang sengaja dilupuskan.

    Disarankan agar buku ini dipromosikan di blog sejarah tanah air, seperti RiwayatMelayu, Military of Malaysia, Lokalgenius, Empayar Islam Benua Siam Kedah, Ibnu Rusydi. Pembaca di situ memang berminat.

    AM

    ReplyDelete
  2. Novel sejarah yang sangat menarik!

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas comment dan cadangan anda

    ReplyDelete